Rabu, 17 Ogos 2016

RESEPI CUP ROTI BAKAR SARDIN TELUR BAYAM

RESEPI 

CUP ROTI BAKAR SARDIN TELUR BAYAM

Bahan 2

Bahan pertama

- (2sudu) Minyak masak
- (1 tin besar) Sardin
- (tumbuk 5 biji klau suka pedas) Cili padi or lada hitam
- (2ulas untuk tumis) Bawang putih
- (1biji yg besar potong kecil2 dadu) Bawang besar
- (1 biji potong kecil dadu) Ubi kentang
- (1biji potong kecil dadu) Tomato

Cara masak

Minyak masak panas kn sedikit dlm 2 sudu besar
Tumis bawang putih ,bawang besar sedikit balance n cili padi or lada hitam,ubi kentang..agak msak semua..masukan sardin mendidih je masukan balance bawang besar n tomato..hancurkn ikan sardin tu sebab ketul besar kn..then siap masak...

Bahan kedua Untuk Bakar/kukus

- Telur (2biji tuk 1 tin sardin besar)
- Bayam (ikut nk banyak mana citarasa)
- Mayonis (3sudu besar)
- Sos cili (2 sudu besar)
- Mentaga (untuk sapu pada cup sahaja)
- Roti gadiner (ikut la size besar mana nk potong msuk ikut size cup tu..)
-cup cake/pastri tempat nk bakar pon tak pa

Kesemua bahan tersebut

Telur campur dengan sardin yg mask tu mentah2 tau,campur mayonis cili sos,bayam gaul sekali..biar cair mcm tu...
Lepastu potong roti gadiner tu lapik bawah atas or bawah tepi kiri knan nak tutup sebab nk tuang bahan yg gaul dalam tu..so dah siap..

Panaskan oven dlu or nk kukus pon boleh jgk..selama 5mint suhu 180c or 200c tgok oven semua lah..
Masukan dlm oven bakar je..selama 20-30mint..tgok atas oven jgk da yg cepat masak..jgn smpai hangus lak..tpi akan nmpak naik kejab adunan tu..pastu masak..boleh mkn dah..sejuk suam2..boleh panaskn blik klau nk mkn....

Selamat Mencuba

Resepi Murtabak Mini Ringkas(POPIA)

RESEPI

Murtabak Mini Ringkas(POPIA)

Bahan2:

-sebiji bwg putih (racik/dadukan)
-1/2 biji bwg besar (potong dadu)
-2 biji kentang (potong dadu)
-1 senduk mix vegetable
-isi ayam(ptg kecik2) - blh ganti daging kalau suka
-1 1/2 sudu rempah kari (xkesah apa2 brand)
-2 biji telor ayam
-garam secukupnya
-kulit popia
-minyak utk menumis dan goreng
cara2:

-tumis bwg putih,
-masuk serbuk rempah kari daging yg dibancuh dgn sdkt air
-tggu pecah myk, masuk isi ayam dan air
-agak mendidih/hampir msk, msuk kentang,msk garam
-bila kentang dah empuk,msk bwg & mix vegetable,
-gaul rata & biarkan seketika sblum ttp api
-pecahkan telur dlm inti tadi
-letkkan 2-3 sudu int dan balut inti tu atas kulit popia
-ms nak goreng, letak myk 1 sudu ja dalam pan
-goreng sampai garing...then balikkan..
-biar garing lg sebelah...siap hidang

‘ADA CALON, JANGAN LAYAN YANG LAIN’- PESANAN SEORANG GURU KEPADA PASANGAN YANG DAH BERTUNANG

‘ADA CALON, JANGAN LAYAN YANG LAIN’- PESANAN SEORANG GURU KEPADA PASANGAN YANG DAH BERTUNANG


Kepada mereka yang sudah bertunang @ sudah cop wanita itu untuk menghalalkannya.
Kata seorang guru:
Apabila kamu bertunang dengan istisyarah atau istikharah, kemudian kamu diuji dengan wanita lain yang lebih dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik. Ini kerana syaitan sedang mengada adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal. Maka tatkala akad nikah sempurna, hilanglah fitnah syaitan, bahagialah rumah tanggamu.
Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangan akan sentiasa dihias oleh syaitan, lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya. Maka tatkala lafaz akad nikad sempurna, hilanglah hiasan syaitan, maka terdedahlah satu persatu aib, lalu berlakulah penceraian dan sebagainya.
Jika sudah mempunyai calon, jangan terlalu melayan yang lain. Bimbang, dalam senyap ada yang menyimpan perasaan dan harapan walau sekadar sahabat baik. Bila dah memilih bakal pasangan, hentikanlah pencarian, tundukkanlah pandangan dan lakukan istikharah berterusan. Apapun manusia merancang, Allah merancang, sebaik baik perancang itu Allah SWT.
Jadi, jangan lah bertunang terlalu lama.
Percepatkanlah kepada perkahwinan.
Inshaallah moga diredhai Allah selalu. Sepanjang menuju ke alam perkahwinan.
Dan.
Jika sudah cop wanita itu untuk menghalalkannya dan kedua dua setuju berserta seorang saksi dikira tunang secara islam cumanya adat melayu menyarungkan cincin buat pihak perempuan itu yang menampakkan ia lebih jelas dan lebih hormat dan status jika dia sudah menjadi tunang orang tidak boleh diganggu. Hukumnya berdosa.