Sabtu, 20 Ogos 2016

RESEPI POTATO WEDGES & SOS CHEESY WEDGES KFC

RESEPI POTATO WEDGES & SOS CHEESY WEDGES KFC

Homemade sos ala² cheesy wedges KFC



Sos Cheesy Wedges KFC

Bahan-bahan :

  • 2 sudu besar majerin/butter
  • 2 sudu besar tepung gandum/susu tepung
  • 1 liter susu Segar
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 12 slices cheese ( apa² jenama sya guna cheasdale)
  • Garam, lada hitan & lada putih cukup rasa
  •  pewarna kuning
  • mayonis tuk hiasan


Ada 2 Cara-Cara :

  1. Cairkan majerin.
  2. Masukkan tepung kacau jangan bg ketul..
  3. Masukkan susu..masuk cheese..masuk serbuk cili..garam..lada..ikut rasa sendiri..masuk pewarna kuning skit..kacau..mula² x berapa pekat nnt dah sejuk dia akan pekat sikit :)

  1. Sementara itu, buatkan sos cheesy pula. Panaskan Butter hingga Cair,Masukkan susu,tepung gandum/susu tepung dan kacau sentiasa sehingga tepung sebati.Masukkan pula kepingan cheese,kuib ayam dan serbuk lada hitam.Boleh Masukan Sedikit pewarna jika anda mahu..Kacau sebati hingga Masak.
  2. Hidangkan Potato Wedges Tadi dengan sos cheesy bersama mayonis


POTATO WEDGES

Bahan-Bahan :
  • Kentang ikut nak banyak mana
  • Garam
  • Kuib Ayam
  • Tepung Gandum
  • Serbuk lada hitam or Tumbuk
Cara-Cara :
  1. Rendam Kentang Dalam Air panas selama 2minit.potong berbentu wedges seperti potongan KFC.
  2. Rebuskan kentang di dalam periuk.Sila campur garam dan pati ayam secukup rasa.Rebus sehingga empuk.
  3. Keluarkan kentang dari rebusan.untuk memastikan kentang sudah boleh dikeluarkan,gunakan garfu dan cucuk pada kentang.kalau suku garfu dah termasuk dalam kentang,maknanya sudah boleh dikeluarkan. Tapi pastikan jangan terlalu lama supaya tidak lembik.
  4. Angkat dan toskan kentang Telah direbus tadi.Biarkan sejuk seketika.Kemudian, Salutkan kentang dengan tepung gandum dan lada hitam (gaul bersama)
  5. Panaskan Minyak dalam kuali. Minyak mestilah boleh menenggelamkan kentang-kentang itu nanti.Goreng wedges tadi dalam kuali sehingga warna agak keperanga dan angkat.


NOTA KAKI :
Boleh la buat cicah fries..wedges..ayam goreng ka..anak² sure suka..fiza ambik resepi nie dari group whatsapp masakan dari kami2...kawan2 punya resepi...So mcm kentang wedges memg resepi sendiri jgk..

Tiada ulasan: