Sabtu, 20 Ogos 2016

RESEPI LAMB CHOP BLACKPEPER SAUSE

RESEPI LAMB CHOP BLACKPEPER SAUSE

ASSALAMUALAIKUM..Sya fiza sini nak kongsi sikit masakan sendiri lamb chop..Fiza memang pengemar daging kambing pergi lah mana pon majlis or apa2 lah..mesti ada masakkan kambing je dah jdi permintaan di tekak nie...So dah dikongsi minat makan yang sama dngan En.Hubby jgk lah jawabnya..dalam sibuk2 baru2 puasa ke-5 tahun nie berbuka dengan Lamb Chop BlackPeper Sause...Nak Jadi Cerita Hari yang sama nk makan, pergi jgk cari pemangang ajaib hari yang sama nk mkan lamb chop punya pasal lah..belilah barang Kat Gaint dekat2 umah jgk la..sabar jelah gan peragai en.hubby dia punya tamparan nak makan lamb chop sangat buat jgk la..sampai dia sanggup pi cari masa pi beli barang kat Gaint masa puasa baru nie...la Baru fiza nak kongsi resepi dari simpan gambar je dalam fon baik bagi manfaat share kat org yg nk cari resepi kan..hihi..jom tengok walaupon tak hias pa2 dalm pingan..hahaha..bujang sementra..haha


LAMB CHOP BLACKPEPER 
Bahan-Bahan :
  • 8 Keping Daging Kambing
  • 1 Kuib Ayam
  • 4 Sudu Besar Sos Tiram
  • 4 Sudu Besar Kicap Manis (Fiza guna Kicap ABC)
  • 6 Ulas Bawang Putih (Tumbuk Kasar)
  • 2cm Halia (Tumbuk Kasar)
  • Lada Hitam, Lada Sulah, Rosemery, Tyme, Oregano
  • Sedikit Minyak Zaitun (Olive oil)
Cara-Cara:
  1. Bersih daging kambing dan toskan (sila cari Petua Hilangkan Hamis kambing)
  2. Ketuk2 sikit bahagian isi daging kambing supaya daging tak liat (fiza guna apa je da kat umah)
  3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kuid ayam,dikuti dengan herba (lada hitam,rosmery,oregano,tyme dan mixed herb)
  4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging tak kering
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.(tapi fiza suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap kedalam daging...TERBAIK)
  8. Bakar daging sehingga masak.(Fiza guna pan ajaib jerr.)..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tifak hangus


MASHED POTATO

Bahan-Bahan :
  • Ubi Kentang Ikut Size lah tapi (1Kg kebawah)
  • 2 sudu besar Mentega
  • 1/4 cawan susu Segar (Fiza guna susu kotak je minum terus tu malrigo or duchlady)kuar mai bahasa utara..hihi
  • Serbuk Lada hitam kasar (jika suka) fiza suka pedas sikit baru Uhmmm...hihi
Cara-Cara :
  1. Kupaskan Kentang dan dadu kecil2 (Supaya cepat embuk dan mempercepatkan proses lenyet)
  2. Rebus kentang sehingga masak or empuk (Fiza masukan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang nak bgi rasa dekat kentang tu..)
  3. Bila dah empuk,toskan air ...(Terus lenyet kentang masa panas2 tu berasap2 tu..hihi) sampai betul halus ikut la nk kasar pon bolis..tapi fiza suka halus...
  4. Masukkan Susu segar (Sedikit demi sedikit(dan masukan mentega gaul sehingga rata)
  5. Sesuaikan rasa lidah masing2.(Tambah garam *jika tidak cukup masin,lada sulah dan lada hitam) sedapnya...

SOS BLACK PEPER

Bahan-Bahan :
  • 1 Labu bawang besar Holland (warna kuning tu dicincang halus)
  • 4 Sudu besar (rata) tepung gandum (or jagung nak pekatkan kuah jangan banyak sebab tepung jagung sat gi abis kuah likat terus..tapi fiza guna tepung gandum sebab tepung jagung tak beli..hahah
  • 1 kuib ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis (untuk nak gelapkan kuah sos)
  • 4 sudu besar sos lada hitam (fiza guna cap kimball sedap gak masam2 asli rasa)
  • 2 sudu besar lada hitam (fiza tumbuk kasar nk balender kasar pon boleh..fiza pakai lesong batu)
  • 3 cawan air or lebih untuk jadikan sos tak pekat
  • 2 sudu besar mentega
Cara-Cara :
  1. Cairkan mentega ke dalam periuk or kuali,tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jagan sampai hangit sudah la..naik bau tu kira ok la...
  2. Masukkan Lada hita yg tumbuk kasar tumis sekejab je..
  3. Masukan tepung gandum (Fiza tak bancuh dengan air)kacau je jgan sampai jdi ketul2 pulak
  4. masukkan air..kacau sebati (guna hand whisk lagi mudah or yg pukul telur tu sampai sebati)masukan kuib ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram,dan kicap.kacau sebati..kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air
  6. Sesuikan rasa..klau rasa tak cukup gelap tambah kicap sikit shaja lagi
Nota Kaki:
Fiza tak guna sos tomato sebab sos lada hitam cap kimball nie dah da rasa asli dia yg masam2 mcm sos tomato dah lau cmpur sos tomato nt abis rasa masam tu kuat...dah sedap dah klau pakai sos lada hitam tu...masam Sos tomato tak kick sangat la..Ikut cita rasa masing2 noh..Nk edit ajust resepi pon tak pa...

Tiada ulasan: