Selasa, 26 November 2013

Maksud Bacaan Dalam Solat..

Adalah penting untuk kita memahami setiap ayat dan bacaan dalam solat kita supaya kita lebih fokus dan menghayati maksudnya dalam solat. Kalau baca tapi tak faham, rugilah kita.





Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Bacaan ketika tahiyat awal
Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Tambahan untuk tahiyat akhir
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

sumber: yang-arif.blogspot.com


Promosi Al Quran Digital Rm180...Ada 3 Gift Kopi Arabica,Digital Tasbih,Kayu Sugi,Beg dan Pos stage..
Hubungi Fiza : Whatssap / call / mesj : 011-23153953.


http://fiza93.blogspot.com/2015/05/promosi-al-quran-digital-rm-17000.html


Khamis, 21 November 2013

KENAPA TAK ROGOL SAYA?

ASSALAMUALAIKUM...
 
Kisah benar ini berlaku di US.Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan  tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.


Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.


Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).


Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)


Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Promosi Al Quran Digital Rm180...Ada 3 Gift Kopi Arabica,Digital Tasbih,Kayu Sugi,Beg dan Pos stage..
Hubungi Fiza : Whatssap / call / mesj : 011-23153953.





http://fiza93.blogspot.com/2015/05/promosi-al-quran-digital-rm-17000.html


Rabu, 20 November 2013

TAKZIAH BUAT ALMARHUM SAUDARA AHMAD AMMAR TUAN HAJI AZZAM

AL-FATIHAH...Almarhum Ahmad Ammar 

4 NOVEMBER 2013


SEJUK DAN DAMAI....ALLAHYARHAM...SUBHANALLAH..
Ahmad Ammar Ahmad Azzam , pejuang tanah air kita.
 
Gambar ucapan Aidiladha yang dikirimkan oleh Allahyarham buat sahabat dan
 keluarga di Facebook.
 Pendiam tetapi mesra sifatnya
Gambar Ammar (kanan berbaju biru) ketika kecil.
 
 Ketika zaman sekolahnya
 Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010,Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC)
Keluarga yang bahagia
 
Anak dan Bapa pejuang. satu cita-cita
 Ammar gemar menyertai misi dan program yang dianjurkan oleh PKPIM-ABIM-WADAH setiap kali ada kelapangan.
  
  
 Disenangi sahabat dan taulan.
Gemar membantu ibunya.
Puan Azlina kelihatan sangat tabah, di sisi keranda yang menyimpan jenazah Ahmad Ammar.
Ramai rakyat Turki yang menghadiri majlis solat jenazah dan pengebumian Ammar. Subhanallah.
Kenderaan yang membawa jenazah Ammar.
Ammar dikebumikan bersebelahan perkuburan para syuhada dan sahabat Nabi SAW.
Sekitar majlis pengebumian Ammar.
Fakulti Sejarah Marmara Universiti menjemput Tuan Hj Azam dan Puan Azlina untuk menghadiri Majlis Memperingati Ahmad Ammar. Rupanya Ammar telah menyentuh hati semua melihatkan betapa sedihnya mereka. Mereka memutuskan untuk menanam sebuah pokok bagi memperingati Ammar.
Ammar dalam kenangan. Al-Fatihah.
 
 Antara kata-kata memperingati Ammar yang tertulis di kampus Allahyarham.


Salam.
Warga besar PKPIM-ABIM-WADAH dan rangkaiannya mengucapkan takziah atas kembalinya ke rahmatullah, sahabat kita Saudara Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, yang merupakan anak kepada Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar merupakan seorang ahli dan pimpinan ABIM yang aktif. Beliau meninggal di Istanbul, yang kini berada di sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah.
Anak lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam ini telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Istanbul. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Ahmad Azam sekeluarga. Seluruh warga PKPIM-ABIM-WADAH amat merasai kehilangan beliau yang merupakan permata bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yang berpotensi untuk bersinar pada masa akan datang. 
Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin. 
Ahmad Ammar adalah seorang anak muda yang baik. Jarang dapat ditemui anak muda sepertinya. Tekun dan berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi. Tidak banyak bersuara di depan ramai. Pandai menempatkan diri di tengah khalayak. Dan paling menyentuh perasaan ialah bila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi penuntun ibu bapanya ke syurga.
Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah engkau di sana. ALLAH menyayangimu. Sungguh, hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH, jasadmu juga bersama para pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.
Hidup dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa. 
Di Istanbul, Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
Buat anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya. berazamlah untuk dekat dengan orang-orang soleh. In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. In sya ALLAH, semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.
Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai. Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar.
Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A. 
Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur di ketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.
Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat Ä°nsani Yardım . 
Perancangan ALLAH SWT. 
Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan.
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘anhu.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Salam.

DARI 
NOORSYAFIZA ABU BAKAR,
PENULIS BLOG SAHAJA PETIKAN DARIPADA HAJI AMIDI ABD MANAN, 
Presiden ABIM.saya ucapkan Terimakasih kepada beliau kerna banyak menyumbang maklumat.
TERIMAKASIH.


Sumber dan rujukan:
  1. https://www.facebook.com/suhail82;
  2. http://saifulislam.com/2013/11/ammar-antara-tadbir-insani-dan-takdir-ilahi/;
  3. https://www.facebook.com/muhd.a.asyraf.12;
  4. https://www.facebook.com/abuakhyar.alqudsi?ref=ts&fref=ts;
  5. https://www.facebook.com/rosma.tazilah;
  6. https://www.facebook.com/muhammad.i.arifin.7;
  7. https://www.facebook.com/FrdNrKrhn.



http://fiza93.blogspot.com/2015/05/promosi-al-quran-digital-rm-17000.html

Promosi Al Quran Digital Rm170...Ada 5 Gift Kopi Arabica,Digital Tasbih,Kayu Sugi,Beg dan Pos stage..
Hubungi Fiza : Whatssap / call / mesj : 011-23153953.

Selasa, 19 November 2013

Apakah Khasiat Susu Ibu?

Khasiat Susu ibu dan perbezaan..
 Dua sampel susu ibu dengan isipadu 25ml. Sampel susu kiri adalah susu cair (foremilk), susu cair yang hadir dari payu dara yang penuh. Sampel susu kanan pula adalah susu pekat (hindmilk), susu krim yang agak pekat yang hadir dari payu dara yang mempunyai isipadu susu yang kurang.


Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payu dara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi. Namun begitu konteks yang akan diterangkan dalam rencana ini lebih menekankan tentang susu ibu manusia. Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun.

Pada keperluannya, bayi baru lahir amat diperlukan dan disarankan agar terus diberi makan hanya dengan susu ibu sehingga umur bayi menjangkau 6 bulan. Ibu yang telah melahirkan anak adalah amat bersesuian untuk terus menggunakan susu yang keluar dari payu daranya untuk disusukan buat bayi kelahiranya. Namun berikutan penciptaan pam payu dara, kini lebih ramai ibu-ibu lebih suka untuk menyediakan simpanan susu tambahan buat anaknya atau sebagai suatu inisiatif bagi menyusukan anak orang lain supaya menjadi anak susuannya, atau mendermakan susu tambahan ke dalam bank susu ibu untuk program tabung susu ibu. Susu yang sudah dipam akan dimasukkan kedalam botol susu bayi, cawan ataupun sistem penyimpanan susu dan juga tiub nasogastrik.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penyusuan susu hanya dieksklusifkan bagi bayi yang berumur 6 bulan pertama kelahirannya. Ini bemaksud tiada sebarang pemberian makanan tambahan kepada bayi baru lahir sehingga ia mencapai umur 6 bulan selepas kelahiran. Pemberian makanan pejal, susu formula, susu skim, susu segar dari haiwan malahan air mineral dan air minuman  pun sudah cukup menyebabkan bayi akan mengalami masalah tumbesaran, masalah komplikasi penyakit dan tanda kemerahan/ alergi boleh berlaku. 

 Namun selepas umur bayi melebihi 6 bulan, barulah makanan tambahan seperti bubur formula, susu skim, air minuman diberikan sebagai tambahan terhadap penyusuan terus susu ibu sehingga umur bayi sampai kepada 2 tahun. Namun keadaan berlarutan bagi susuan sehingga 2 tahun adalah bergantung kepada kehendak ibu dan bayi


http://fiza93.blogspot.com/2015/05/promosi-al-quran-digital-rm-17000.html


Promosi Al Quran Digital Rm170...Ada 5 Gift Kopi Arabica,Digital Tasbih,Kayu Sugi,Beg dan Pos stage..
Hubungi Fiza : Whatssap / call / mesj : 011-23153953.

Isnin, 18 November 2013

CERITA LAMA AKU

PADA HARI PERTAMA

Saja-saja imbas kembali cerita lama..


        Aku bersama mak aku gi kekebun jagung pada mula nya aku tak tahu lak da orang dkat umah Pak Long tu da pekerja  kontrak..punya la aku nie tak kenal orang kampung tu..aku nie suka ikut-ikut mak aku gi mana jer time tu...maklum la time cuti panjang kerja aku time ti..,..Aku kerja dkat Kedah tempat kelahiran aku la...bila dah besar nie tau nk merantau je tau aku nie...umur aku mesti semua dah tahu kan...baca blogger aku mesti tahu kan...blog aku tak la sehebat blog yasmin or sape2...tapi just nk bercerita je..

Sapa sangkakn kampung tak cantik macam bandar KLCC...memg dibandingkan KL bnyak kemudahan tapi bila nk cari ketengan semua dkat kampung la orang cari kan...bila dah besar semua nk cari kampung mcam zaman budak2 dulu kan... bukan main seronok lagi bila balik kampung..Bila di pikirkan balik semua nk tengok petak sawah padi,laut,sungai n bagai2...



Aku teringat time aku kecik2 dulu macam gester la kononnya..Asik buli sepupu aku tu macam pomuan bila jatuh sikit dah tuduh orang buli dia...macam aku nie buli dia..Suatu hari aku memg buli dia oiii...masa tu aku n sepupu aku main doi(buaian) tayar sengkut dengn tali atas dahan pokok asam jawa...dalam masa yang sama aku gaduh dengan sepupu lelaki aku..dengan tak sengaja sepupu aku jatuh then aku terus pijak kepala dia..kejam!!! aku nie time tu..macam lelaki aku...

Bila sepupu aku yang besar sikit sampai punya dia marah..dia cakap apa..''Hoi!!..ang nk bgi mati sepupu ang ka.?'' Katanya...aku nie apa terus belah la...geramnya aku dgan sepupu aku macam pompuan tu..dah la mengacum kuat lak tu...bengang...


Nak Thu kisah selanjutnya tungu esok...


http://fiza93.blogspot.com/2015/05/promosi-al-quran-digital-rm-17000.html


Promosi Al Quran Digital Rm170...Ada 5 Gift Kopi Arabica,Digital Tasbih,Kayu Sugi,Beg dan Pos stage..
Hubungi Fiza : Whatssap / call / mesj : 011-23153953.

      



SUSU IBU CUKUP UNTUK BAYI KEMBAR

Soalan:

SAYA bakal melahirkan anak kembar tidak lama lagi. Saya berazam memberikan penyusuan ibu secara eksklusif kepada bayi-bayi saya. Bolehkah doktor berikan panduan terbaik untuk menyusukan anak kembar nanti. Memandangkan saya seorang ibu yang bekerja, sekurang-kurangnya saya mahu melakukannya secara eksklusif selama enam bulan.

- Su, Johor.

Jawapan:

Puan Su, nampaknya anda akan mendapat rezeki berganda. Jaga kesihatan diri dan juga bayi kembar dalam kandungan. Dapatkan pemeriksaan antenatal (kehamilan) berkala mengikut yang dijadualkan. Harap Puan dapat mula mencari dan membaca ilmu tentang penyusuan terutamanya penyusuan anak kembar, dengan membaca pengalaman ibu-ibu yang menyusukan anak mereka pada blog-blog, bertanyakan jururawat ketika pemeriksaan antenatal dan sebagainya. Ini adalah untuk persedian minda dan mental, manakala untuk persediaan fizikal anda perlu mengambil pil-pil vitamin yang disarankan oleh doktor dan mengambil makanan berkhasiat terutamanya produk yang tinggi kandungan protein. Justeru itu, Puan hendaklah juga sentiasa menjaga kesihatan puting payu dara, sentiasa membersihkannya ketika mandi supaya tidak tersumbat dan lembut dan menarik puting semoga ia terkeluar (everted) bagi memudahkan bayi menghisap.

Cabaran

Menyusu bayi kembar adalah cabaran bagi ibu bapa yang istimewa dan hebat. Sebaik mengetahui kandungan adalah bayi kembar, ibu-ibu (dan juga bapa-bapa) perlu bersedia dari segi fizikal dan mental menerima kehadiran dua bayi serentak, bersedia kemungkinan bayi lahir pramatang, bersedia kemungkinan kelahiran secara pembedahan caesarean dan membuat perancangan corak penyusuan kepada bayi.

Persediaan mental juga adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang memberikan penyusuan eksklusif untuk bayi kembar kerana akan timbul persoalan tentang "susu tidak cukup". Ramai menganggap susu ibu akan tidak cukup lebih-lebih lagi pada hari-hari awal kelahiran, maka salah seorang atau kedua- duanya secara bergilir mungkin akan diberi susu formula! Ini adalah suatu persepsi yang salah.

Para ibu harus sedar dan yakin bahawa berapa ramai pun kembar yang dilahir serentak, susu ibu pasti cukup untuk mereka. Beberapa panduan yang boleh diamalkan adalah dengan menyusu bayi seawal satu jam pertama dilahirkan. Ramai ibu sudah sedia maklum tentang keperluan menyusu seawal satu jam pertama ini untuk merangsang penghasilan susu ibu. Sekiranya ibu melahirkan bayi pramatang dan kurang berat badan, penyusuan ibu adalah 'ubat' paling mujarab untuk menambah berat badan bayi. Ini kerana susu ibu memang dicipta untuk bayi baru lahir walau berapa pun usianya ketika dia lahir. Sekiranya ibu melahirkan bayi secara pembedahan caesarean, mintalah bantuan jururawat untuk memperbaiki posisi ibu ketika menyusu pada jam pertama. Sebaiknya berbincang terlebih awal dengan doktor atau jururawat yang bertugas agar hasrat ibu untuk menyusu pada 1 jam pertama dapat diimplementasikan.

Panduan seterusnya adalah dengan menyusu bayi sekerap mungkin. Secara puratanya bayi baru lahir menyusu antara lapan hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Bagi bayi kembar, ibu-ibu boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu. Pada minggu-minggu pertama mungkin ibu-ibu akan merasakan bayi menyusu agak kerap dan keadaan ini akan meletihkan ibu. Ia adalah perkara normal sebelum bayi menunjukkan pola penyusuannya selepas usianya sebulan. Malah perkara ini harus diterima secara positif oleh ibu kerana ia menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan. Susukan bayi sebelum dia menangis. Pada hari-hari awal kelahiran, biasakan rutin menyusu setiap setengah jam. Jika ibu menyusu bayi seorang demi seorang aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang seorang lagi sedang menyusu.

Rehat
Ibu juga perlu perbanyakkan rehat. Ibu-ibu perlu berehat dengan secukupnya untuk mengurangkan stres yang akan mengganggu penghasilan susu ibu. Ibu boleh tidur dan berehat apabila bayi tidur. Sesetengah ibu selalu menjadikan masa tidur bayi sebagai masa ibu untuk membuat kerja. Ini adalah kurang tepat kerana ibu juga perlu berehat dan menenangkan fikiran. Suami harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara ibu menumpukan lebih perhatian kepada menguruskan bayi.

Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus atau susu. Ibu menyusu perlu makan makanan berkhasiat secukupnya untuk menampung kehilangan kalori semasa penyusuan. Ibu-ibu juga digalakkan makan vitamin, kalsium dan zat besi seperti yang diambil semasa hamil.

Anda perlu mengehadkan pelawat. Perkara ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana ramai pelawat yang terdiri daripada rakan-rakan, jiran dan saudara mara ingin berkongsi kegembiraan dengan kehadiran bayi kembar. Namun begitu ibu masih perlu memperuntukkan masa bersama bayi terutama privasi ketika menyusukan bayi. Minta pelawat tinggalkan bilik ketika masa menyusu telah tiba, ambil masa privasi anda kerana ia penting untuk memastikan kelangsungan produksi susu ibu.


http://fiza93.blogspot.com/2015/05/promosi-al-quran-digital-rm-17000.html


Promosi Al Quran Digital Rm170...Ada 5 Gift Kopi Arabica,Digital Tasbih,Kayu Sugi,Beg dan Pos stage..
Hubungi Fiza : Whatssap / call / mesj : 011-23153953.