Khamis, 21 Mei 2015

Nak Berjaya Ubahlah Penampilan Diri Anda itu untuk nampak lebih Profesional dan Tampak Berkeyakinan Diri..

Ubah Penampilan Diri Anda

Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin. 


Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi pelanggan dengan penampilan diri begitu.



Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:

Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.
Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.



Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi. 


Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya. 

Selasa, 19 Mei 2015

PROMOSI AL - QURAN DIGITAL AL FALAH RM 180.00 PERCUMA 3 GIFT DAN POSTAGE FIZA-01123153953

PROMOSI SET AL-QURAN AL-FALAH DIGITAL

RM 180.00 FREE POSTAGE !!!!!!!
PERCUMA 3 GIFT....

Salah 3 Gift dari Ini..
SEJADAH KOMPAS
DIGITAL TASBIH
KAYU SUGI
KOPI ARABICA
GOLD BEG
POSTAGE (POSLAJU)
Hubungi : FIZA 
011-23153953 
(WHATSAPP/CALL/SMS)
ALAMAT :
COLD TOUCH ENTERPRISE
2781-C, TAMAN PERMATA 6,
TAMAN PERMATA,
53300 KUALA LUMPUR.

Aktiviti utama pengusaha ialah membekal dan menjual produk berasaskan Islam iaitu pen pembaca Al-Quran. Pen pembaca ini merupakan sebatang pen khas yang berteknologi dan berinovasi tinggi yang mana dapat berfungsi untuk mengeluarkan bacaan mana-mana ayat Al-Quran yang disentuh oleh mata pen ini. Bacaan yang keluar merupakan alunan bacaan Al-Quran dengan tajwid yang betul. Dengan cara ini, ia dapat membantu pengguna untuk menyemak bacaan kerana alat ini akan membaca ayat yang ditunjukkan sahaja. Melalui alat yang sangat berguna ini, ia dapat membantu pengguna untuk membaca Al-Quran dengan mengikut hukum tajwid yang betul. Ia sangat berkesan untuk membantu pembelajaran golongan kanak-kanak, mualaf serta sesiapa yang ingin mempelajarinya. Ia juga sesuai dalam membantu menghafal ayat-ayat atau surah-surah Al-Quran.

3.1.1 Huraian Produk Al-Quran Al-Falah

1) Mempermudahkan pembelajaran Al-Quran:
Produk Pen Pembaca Al-Quran Al-Falah merupakan satu produk yang dapat membantu mempelajari bacaan Al-Quran untuk golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Cara penggunaannya amat mudah dengan hanya menyentuh pen di mana-mana ayat Al-Quran dan seterusnya pen tersebut akan membaca ayat tersebut.

2) Produk mesra pengguna:

Pen yang digunakan amat sesuai untuk semua golongan masyarakat samada golongan dewasa atau kanak-kanak kerana ia amat mudah dikendalikan.

3) Sentuh dan baca

Sentuhkan mata pen di mana-mana ayat atau nama surah maka pen ini akan membacanya. Sekiranya pen menyentuh ayat maka pen akan membaca ayat sahaja dan berhenti. Manakala jika pen menyentuh nama surah, maka pen akan membaca keseluruhan surah. Produk ini juga mempunyai fungsi pembacaan kalimah per kalimah (word by word). Dengan
adanya fungsi terbaru ini, pembelajaran akan menjadi lebih mudah.

4) Alunan Bacaan Oleh Qari Terkenal:

Bacaan oleh 8 Qari pilihan terkemuka:
- Abdul Rahman Al-Sudais
- Maher Al-Mueaqly
- Mishari Rashid Al-Afasi
- Saad Al-Ghamidi
- Ahmed Al-Ajmi
- Ali Al-Huzaifi
- Abdul Basit
- Mohamed Siddiq El-Minshawi
- Ibrahim (Word By Word)
Bahasa Terjemahan 2 & bahasa tambahan
- Melayu
- Inggeris

5) Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak:

Terdapat buku muqaddam dan iqra’ untuk mereka yang ingin mempelajari asas bacaan Al-Quran untuk kanak-kanak. Golongan mualaf dan mereka yang ingin belajar juga boleh menggunakannya. Di dalamnya juga mengandungi cara-cara pembelajaran solat, doa-doa lazim, dan surah-surah pilihan.

6) Doa Haji dan Umrah:

Untuk pembelajaran doa haji dan umrah juga disediakan di dalam produk ini. Setiap doa-doa yang terdapat didalam buku ini didatangkan sekali dengan terjemahan.

7) Talking Dictionary:

 Untuk rujukan dan pembelajaran kamus percakapan harian dalam 14 bahasa iaitu
- Bahasa Arab, 
- Perancis,
- Jerman,
- Portugal,
- Sepanyol,
- Turki,
- Rusia,
Itali,
- Thailand,
- Jepun,
- Korea,
- China,
- Pakistan
- Dutch

8) Built-in Battery:

Pen ini dijanakuasakan dengan menggunakan li-ion bateri. Pen ini hanya perlu dicas selama 2-3jam dan akan dapat berfungsi selama 4 jam tanpa henti. Jika tiada penggunaan, kuasa bateri dapat bertahan selama 3 hari.

9) Satu Tahun Jaminan:

Jaminan untuk produk ini diberi selama satu (1) tahun. Dalam tempoh jaminan ini, setiap barang yang rosak akan diganti. Jaminan akan terbatal sekiranya produk rosak disebabkan oleh kecuaian pengguna.

3.1.2 Kandungan AL- QURAN AL -FALAH

1) Pen Pembaca

Pen pembaca merupakan produk berteknologi tinggi dan berinovasi. Pen ini menggunakan teknologi yang dapat mengeluarkan dan menyimpan bunyi/suara, OID (Object Identifier), DSP (Digital Signal Processing), DIP (Digital Information Processing), Flash Memory, CMOS Picture Processing, Water-printing Code, Optical Distinguishing, MP3, dan 128 Digits Dynamic Coding

2) Kitab Al-Quran

 Kitab Al-Quran lengkap 30 Juzuk bertulisan Uthmani
 Dicetak menggunakan kertas
 Mempunyai fungsi pilihan bacaan qari-qari yang diluluskan oleh JAKIM dan terjemahan pelbagai bahasa pada setiap muka surat bagi memudahkan pengguna
 Kalimah-kalimah dibezakan melalui perubahan warna hitam dan hijau secara berselang-seli kerana model ini mempunyai fungsi bacaan kalimah per kalimah manakala warna merah membawa maksud nama-nama Allah

3) Talking Dictionary

 Kamus percakapan untuk 15 bahasa iaitu Arab, English, French, German, Portugese, Spanish, Turkish, Dutch, Russian, Italian, Thai, Japanese, Korean, Chinese dan Pakistan
 Pembelajaran percakapan asas-asas perbualan/komunikasi seharian.

4) Hajj & Umrah

 Mengandungi doa-doa ibadah haji dan umrah
 Buku lengkap mengenai rukun dan syarat sah haji dan umrah serta cara-cara menunaikannya
 Disertakan doa-doa haji dan umrah berserta maksud

5) Qaida Noorania

 Buku pembelajaran mengenal huruf-huruf muqaddam
 Mengandungi panduan solat, doa harian, hukum tajwid, dan surah-surah pilihan

6) Sahih Al-Bukhari

 Buku berkenaan dengan pengajian hadis-hadis dari Al-Bukhari

7) Aksesori & Manual Produk
Head Charger ,USB Cable, Earphone
Manual Produk
Head Charger
USB Cable
Earphone 
User's Manual

8) Packaging Box





 GIFT






Jumaat, 8 Mei 2015

GGGE 2123 Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan

10 Gambar Inovasi

1. Mesin Pengisar Jus Oren
Pengisar buah oren ini merupakan satu inovasi yang tidak memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi. Ianya kecil dan ringan menjadikan ia sesuai dibawa ke mana-mana. Hanya tenaga kinetik untuk menghasilkan kisaran dan ianya boleh dilakukan menggunakan tangan. Jus oren kini boleh dinikmati oleh penggemar jus tersebut bila-bila masa mereka inginkannya.


2.  Periuk Termodinamik
Penyejuk Termodinamik yang dihasilkan oleh Rochus Jacob merupakan satu inovasi system penyejukan yang tidak memerlukan elektrik dan dapat mengekalkan makanan dan buah-buahan melalui kesan penyejukan daripada penyejatan air. Periuk ini diperbuat daripada bio-plastik , tanah liat dan seramik. Sistem penyejukan bertindan dapat menggantikan peti sejuk danmangkuk buah-buahan dengan lebih baik.


3. Botol Susu Pemanasan Sendiri
Liamo merupakan satu inovasi botl susu yang boleh memanaskan susu di dalamnya tanpa menggunakan elektrik. Mengambil masa 4 minit untuk memanaskan susu. Bebas daripada bahan BPA dan PVC serta selamat digunakan untuk kanak-kanak. Botol ini dibuat menggunakan 100% katrij garam organik dan air yang sebenarnya memanaskan botol tersebut. Botol susu ini merupakan rekaan Karim Rashid untuk jenama Prada dan Ralph Lauren.


4.  Khemah Masa Hadapan Kaleidoscope
Aktivti berkhemah merupakan satu daripada aktiviti riadah yang mendatangkan banyak manfaat. Antaranya , meningkatkan tahap berdikari seseorang malah menambah banyak pengalaman yang berguna. Pada masa hadapan orang ramai tidak lagi merasakan aktiviti berkhemah merupakan satu aktiviti yang tradisional apabila khemah mereka telah menjadi canggih dan mempunyai banyak kelengkapan dan kemudahan. Khemah generasi baru ini direka oleh pencipta kaleidoscope. Khemah ini mempunyai teknologi solar untuk menukarkan cahaya matahari menjadi sumber tenaga elektrik yang dijana untuk kegunaan dalamannya. Gajet-gajet elektronik boleh berfungsi bersama khemah ini. Khemah masa hadapan ini membawa aktiviti berkhemah ke satu tahap baru di mana teknologi tinggi boleh diaplikasikan bersama, dan ia menjadikan aktiviti tersebut lebih menarik.


5.  Pintu Dwifungsi
Pada masa kini kita perlu mengurangkan penggunaan ruang, oleh itu kita dapat lihat banyak kemunculan produk-produk yang leboh kecil dan kompak. Tidak kurang juga terdapat produk-produk yang mempunyai multifungsi. Salah satu ciptaan yang mempunyai multifungsi adalah pintu dwifungsi. Selain fungsi utama sebagai sebuah pintu, ianya juga dapat ditukarkan kepada sebuah meja pingpong. Inovasi ini akan menjadi tarikan kepada peminat permainan pingpong. Jika dipasang di rumah, pengguna tidak perlu lagi membeli meja pingpong untuk bermain. Meja pingpong pula bukanlah satu barangan yang murah. Justeru itu pembelian atau pemasangan pintu dwifungsi ini merupakan satu langkah yang baik bukan sahaja ianya ekonomik malah mampu membantu pengguna untuk melakukan apa yang mereka gemari.


6.  Alatan Rumah Multi-Tugasan

Alat ini yang diberi nama Kelvin 23 merupakan satu gajet yang membantu tugasan membaiki peralatan rumah dan sebagainya. Ianya mempunyai pelbagai fungsi seperti 16 kit pemutar skru, “test pen”, buih pengimbang, lampu suluh LED, pita pengukur sepanjang 5 m dan banyak lagi. Alat ini memudahkan pengguna untuk membawanya dan tidak perlu menggunakan kotak alatan yang berat dan besar. Ianya berharga sekitar US$ 25. 



 7.  Penggunting Pizza
Gunting pizza ini dibuat bagi memudahkan pemotongan pizza. Pizza yang telah dipotong dengan mudahnya boleh diangkat dan terus dimasukkan ke dalam pinggan. Selain itu , gunting pizza ini juga ini juga dapat membentuk potongan pizza yang cantik mengikut acuannya. Tiada lagi masalah untuk menghiris pizza malah pemotongan pizza dapat dilakukan dengan lebih cepat.

8.  SONY Fusion Coffee Table


Meja kopi keluaran SONY ini merupakan satu rekaan canggih dimana ianya mempunyai dwifungsi iaitu sebagai meja dan juga sebuah komputer. Lapisan atas diperbuat daripada aluminium hitam manakala kaki meja diperbuat daripada besi disalut halus dengan krom. Komputer tersebut mempunyai skrin sesentuh dan juga papan kekunci sesentuh. Pengguna hanya perlu menekan butang untuk menukarkan daripada meja kopi kepada desktop. Ianya didatangi dalam empat warna merah,putih,hitam dan biru. Harganya pula sekitar US$3000.

 9.  Penahan Buku

Satu rekaan atau inovasi yang mudah dan ringkas namun banyak membantu manusia. Idea rekaan tercetus apabila manusia atau pembaca buku yang selalu menghadapi masalah untuk memegang buku . Kebiasaannya buku perlu dipegang menggunakan kedua-dua belah tangan barulah ia tidak mudah tertutup terutamanya buku yang tebal. Dengan menggunakan alat ini, masalah tersebut dapat dielakkan. Tambahan pula ia hanya memerlukan sebelah tangan untuk memegang buku atau novel untuk dibaca. Ianya diperbuat daripada plastic bermakna ia ringan dan senang dibawa ke mana-mana sahaja. Kini manusia tiada lagi sebab untuk malas membaca buku.

10.  Mesin Wudhuk Automatik




Tujuan asal mesin wudhuk automatik ini direka bagi memudahkan para jemaah haji untuk berwudhuk di Mekah. Namun kemudian ia turut dikomersialkan untuk dipasarkan kepada pembeli yang berminat. Model ini direka dengan dua sinki di mana pada bahagian atas ianya untuk membasuh bahagian muka,kepala dan tangan manakala sinki bawah untuk bahagian kaki. Oleh kerana mesin ini automatik, ia mampu mengawal jumlah penggunaan air semasa berwudhuk. Rekaan ini turut dibuat daripada plastic yang disalut bahan anti-fungal dan bacteria yang menghalang pembiakan dua mikroorganisma tersebut.




http://fiza93.blogspot.com/2015/05/promosi-al-quran-digital-rm-17000.html

Promosi Al Quran Digital Rm180...Ada 3 Gift Kopi Arabica,Digital Tasbih,Kayu Sugi,Beg dan Pos stage..
Hubungi Fiza : Whatssap / call / mesj : 011-23153953.