Khamis, 29 Januari 2015

Lagi Lagi Jenayah Siber

Lagi Lagi Jenayah Siber

Maklumat berikut saya kutip dari (http://maharamdotcom.blogspot.com). Sungguhpun sudah agak lama disiarkan dalam ewarga, namun maklumatnya masih lagi relevan. Jadi saya turunkan di sini;

Makluman Penting - Phishing Mail


Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya pengguna ada menerima satu e-mel bertajuk Please Upgrade Your Email Account sila abaikan e-mel tersebut. E-mel tersebut adalah 'phishing mail'. Phishing merupakan sejenis penipuan yang dilakukan melalui mesej-mesej emel, mesej segera dan laman-laman web yang digunakan untuk memperdaya individu-individu agar memberikan maklumat sulit dan peribadi mereka. Penipuan ini membolehkan orang ramai ‘terpedaya dengan umpan’ tersebut dan memberikan maklumat peribadi mereka, di mana ia boleh digunakan untuk penipuan kad kredit dan lain-lain penyalahgunaan maklumat sulit yang lebih serius.

Emel-emel ‘phishing’ selalunya kelihatan seolah-olah dihantar oleh organisasi-organisasi yang sah, ia meminta para pengguna agar memberi jawapan. Jangan berikan maklumat peribadi di dalam e-mel atau mesej dengan segera. Ini mungkin satu penipuan.

Sekiranya anda telah jawab & berikan maklumat peribadi yang diminta, sila tukar katalaluan (password) akaun emel anda SEGERA bagi mengelakkan kerugian serius/besar berlaku keatas anda semua.


Setelah membaca makluman yang disiarkan ewarga ini, saya terus mencari maklumat lanjut tentang Phising seperti dinyatakan. Saya juga kerap menerima e-mail sebegini, malah dalam sehari hamper lima email seperti ini diterima daripada pelbagai insan di banyak lokasi dunia termasuk di Malaysia menggunakan bahasa Melayu. Jadi sasarannya sudah tentulah untuk warga yang memahami Bahasa Melayu.

Artikel berikut saya petik dari laman sawang Pusat Teknologi Maklumat UKM pada hari yang sama di alamat berikut http://netvirus.ukm.my/index.php?option=com_content&task=view&id=480&Itemid=172. Malangnya, apabila diakses hari ini, tapak berkenaan tidak dapat diakses lagi. Walau bagaimanapun, petikan di tapak tersebut adalah seperti berikut;

Apa itu phising?
Phising , adalah satu cara mendapatkan maklumat peribadi pengguna-pengguna bank online seperti User ID, password, nombor akaun bank atau nombor kad kredit secara tidak sah. Maklumat ini kemudian akan dimanfaatkan oleh pihak penipu untuk mengakses akaun, melakukan penipuan kad kredit atau menggalakkan mangsa untuk melakukan pemindahan wang ke akaun tertentu dengan janji-janji seperti memenangi hadiah, pertandingan dan sebagainya.

Perbuatan ini semakin popular dan telah ramai pengguna yang menjadi mangsa penipuan seperti ini.

Anti-Phishing Working Group (APWG) dalam laporan bulanannya, mencatat ada 12 845 e-mail baru dan unik serta 2 560 laman web palsu yang digunakan sebagai aktiviti phishing.

Penipuan dengan cara phising bukan sahaja semakin meluas, tetapi juga semakin bijak memperdaya para pengguna. Sesetengah laman web ini diletakkan pada server yang tidak menggunakan protokol standard sehingga tidak berjaya dikesan.


Bagaimana phishing dilakukan?

Teknik umum yang sering digunakan oleh penipu adalah sebagai berikut:
1. Penggunaan alamat e-mail palsu dan grafik untuk mengelirukan mangsa sehingga mangsa terpancing menerima kesahihan e-mail atau web sites. Agar nampak meyakinkan, pelaku juga seringkali memanfaatkan logo atau mark dagang milik lembaga rasmi, seperti; bank atau penerbit kad kredit. Pemalsuan ini dilakukan untuk memancing mangsa menyerahkan data pribadi, seperti; password, PIN dan nombor kad kredit,
2. Membuat laman web palsu yang sama dengan laman web rasmi atau pelaku phishing mengirimkan e-mail yang mempunyai link ke laman web palsu tersebut.
3. Membuat hyperlink ke web-site palsu atau menyediakan borang yang diattachkan pada e-mail yang dikirim.

Sebenarnya, phishing itu boleh dilakukan dengan sangat mudah sekali. Hanya dengan mengenal sifat, sikap dan pola target. Kejadian ini boleh dilakukan dengan melakukan banyak cara.


Maklumat lanjut tentang phising ini boleh didapati dengan melayari http://pkukmweb.ukm.my/pkukm/index.php?option=com_content&task=view&id=123&Itemid=94

Berikut ini pula saya turunkan beberapa kutipan email yang saya terima berkaitan kes sebegini. Manariknya emel ini kerana ditulis dalam Bahasa Melayu yang sangat baik, teratur dan manarik. E-mel ini saya terima melalui e-mel rasmi saya di fizafiq@rocketmail.com.


http://fiza93.blogspot.com/2015/05/promosi-al-quran-digital-rm-17000.html
Promosi Al Quran Digital Rm180...Ada 3 Gift Kopi Arabica,Digital Tasbih,Kayu Sugi,Beg dan Pos stage..
Hubungi Fiza : Whatssap / call / mesj : 011-23153953.


Tiada ulasan: