Rahsia Tarikh Lahir Pasangan Anda Dr. Fadzilah Kamsah
1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada
umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan
orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh
ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang
tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap
serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal
percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala
keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan
persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi
sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya
perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan
dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya
kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika
cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar
dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-
buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap
pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang
mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar
serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang
lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan
mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan
bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam
bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk
di mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan
yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan
mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.
Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka
bertukar-tukar pasangan. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi
untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain
kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya
masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala
bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang
lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi
dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah
seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.
Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi
sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta,
berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia
adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.
Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang
dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia
tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia
adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun
dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara
mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang.
Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau
pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia
bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat
lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman
kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana
yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.
Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan
khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia
seorang yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka
bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai
cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah
tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam
menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia
mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia
sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang
yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap
setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka
berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan
wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia
adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang
bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta,
dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan
mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.
Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam
menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian
bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara
yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal
percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang
mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh
kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya
paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana
kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat
teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi
dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan
kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu
dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.
Promosi Al Quran Digital Rm170...Ada 5 Gift Kopi Arabica,Digital Tasbih,Kayu Sugi,Beg dan Pos stage..
Hubungi Fiza : Whatssap / call / mesj : 011-23153953.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan